Saturday, December 10, 2011

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN & BIL TANGGA GAJI SBPA/SSM


Berdasarkan Slaid ini saya perjelaskan lagi untuk pembaca sekelian...
boleh juga reffer link di bawah utk full slide


http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru




SSM
SBPA
GRED
GRED
KGT 1
KGT 2
BIL. T
54
1-6
320

15
52
1-5
290

16
48
1-4
270

17
45
1-3
255
260
20
44
1-2
250

18
41
1-1
225
230
20




40
2-6 / 3-5
225

13
38
2-5
195

15
36/38
2-4 / 3-4
180

15
34
2-3 / 3-3
165

15
32
2-2 / 3-2
155

15
29
2-1
145
150
20
27
3-1
145
150
20




26
4-5
125

15
24
4-4
120

15
22
4-3
115

15
19
4-2
100
105
20
17
4-1
95
100
20
16
5-3
95

15
14
5-2
90

15
11
5-1
80
85
20

Friday, December 9, 2011

CONTOH PEMINDAHAN GAJI SSM KE SBPA





MERUJUK KEPADA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011


16 Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji


64. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, PPP diberikan satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.


65. Bagi PPP yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, PPP diberikan kuantum satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.


66. PPP yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.


67. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 64, 65 dan 66 adalah seperti di Lampiran C6.

sila klik link di bawah untuk full slide
http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru

Wednesday, December 7, 2011

SBPA - NOTA MAKLUMAN MEDIA

SEMPENA PELANCARAN PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
- INTIPATI PELAKSANAAN SBPA -
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

Ikuti Nota sepenuhnya pada pautan berikut: 

Tuesday, December 6, 2011

SBPA 2012-Skim J


Maklumat untuk P.Awam dari Kumpulan J
Permintaan rakan-rakan skim J memang diberi perhatian. Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan ke gred SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150. Semoga rakan-rakan berkelulusan politeknik akan berkhimat dengan lebih gigih melebihi ekspektasi.

SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 KGT RM95

SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115

SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 KGT RM145/150

SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 KGT RM 180

SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 KGT RM 195

Semoga rakan-rakan skim J akan berkhidmat dengan lebih tekun menghasilkan produktiviti yang tinggi dan outcome memenuhi kehendak pelanggan dan rakyat.
Sumber : Facebook 

Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA

Monday, December 5, 2011

SOALAN-SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


PBS merupakan satu  bentuk  pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan  akademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Sumber rujukan :  Lembaga Peperiksaan Malaysia

Rasional pelaksanaan PBS

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.

Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.
Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.
Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki


Sumber : Utusan Malaysia 5 Disember 2011

Mangga ads