Sunday, January 29, 2012

Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Konsep PBS  bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).

PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia  dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard  dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan  penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

Monday, January 2, 2012

Buka Sekolah,Tahu Prestasi Anda, PBS & KSSR

KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).


KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)


Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? 
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.


Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.


Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.


Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.


S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?
J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.


S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.


Berita Harian Online: 29 Disember 2011


Maklumat Terkini KSSR sila layari laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum BPK
 http://www.moe.gov.my/bpk 



Saturday, December 10, 2011

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN & BIL TANGGA GAJI SBPA/SSM


Berdasarkan Slaid ini saya perjelaskan lagi untuk pembaca sekelian...
boleh juga reffer link di bawah utk full slide


http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru




SSM
SBPA
GRED
GRED
KGT 1
KGT 2
BIL. T
54
1-6
320

15
52
1-5
290

16
48
1-4
270

17
45
1-3
255
260
20
44
1-2
250

18
41
1-1
225
230
20




40
2-6 / 3-5
225

13
38
2-5
195

15
36/38
2-4 / 3-4
180

15
34
2-3 / 3-3
165

15
32
2-2 / 3-2
155

15
29
2-1
145
150
20
27
3-1
145
150
20




26
4-5
125

15
24
4-4
120

15
22
4-3
115

15
19
4-2
100
105
20
17
4-1
95
100
20
16
5-3
95

15
14
5-2
90

15
11
5-1
80
85
20

Friday, December 9, 2011

CONTOH PEMINDAHAN GAJI SSM KE SBPA





MERUJUK KEPADA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011


16 Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji


64. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, PPP diberikan satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.


65. Bagi PPP yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, PPP diberikan kuantum satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.


66. PPP yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.


67. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 64, 65 dan 66 adalah seperti di Lampiran C6.

sila klik link di bawah untuk full slide
http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru

Mangga ads