Sunday, January 29, 2012

Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Konsep PBS  bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).

PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia  dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard  dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan  penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

No comments:

Post a Comment

Mangga ads